Saturday, March 26, 2011

WAJIB BACA!!




SOFT GEL VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
ONLY RM 39.90 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM 43.90 ( SABAH & SARAWAK)
not included postage


anda semua pernah mendengar minyak kelapa dara ataupon dlm bi nyer adalah seperti yg tertera di tajuk atas nun?skang n aku nk promote kat hang pa semua pasai produk n..awat aku n cakap bahsa utara n?n adalah dipengaruhi oleh matlutfi le n..hehehe..


ok beralih semula pada virgin coconut oil or vco.product ini adalah salah satu product dr Catalyst..aku baru nak bertatih dlm bisnes n..tgk sume org dok bisnes..aku pon nak try gak.
tapi series aku cakap (tibe2) aku sedang try vco n..ape yg aku rase dr vco n?aku makin cergas,yea la profesion aku n memg memerlukan energy..b4 n,aku memg cepat letih,rase nak tido jer pas balik keje...perot pon da buncit coz kuat tido...TAPI bile aku try vco n dlm seminggu da aku rase memg vco n bertindak balas kat badan aku ke tahap maximum yg mane walaupon aku dlm keadaan penat blik keje n latihan bola jaring aku leh wat 3keje iaitu basuh kain,gonyoh2 kain,dan jemur kain..penat tu keje n,tp dengan vco aku boleh wat keje n ngan efisyen..lagi,bile aku mam vco n aku rase muka aku xberminyak. tapi sebenarnya kadar metabolisme manusia adalah berbeza,so kesan vco n x sama mengikut individu.ada customer yg dpt menunjukkan kesan bile da abis 1 botol,ad yg 2 botol..ad gak yg 5 ari da menunjukkan respon yg positif..so bila nak cantek n diharap sume leh bersabar yea ;)

kat sini aku akan tempek kebaikan VCO yang aku nk sarankan pd korang sume:

1. mengurangkan kadar kolestrol
2. mengawal kencing manis

3. mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut

4. tubuh lebih tahan serangan penyakit
5. mendapatkan kembali keanjalan kulit serta kelembutan kulit

6. pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
7. terhindar dari gejala alahan

8. mengelakkan risiko kanser

9. keadaan berdengkur akan hilang
10.haid lebih teratur



aku ad la bagi en kuyyie aku n try..dia n ad masalah berdengkur...aku tgk dengkuran dia skang n kurang da..tdk aku n memg jd meroyan sampai xleh tido dek dger dengkuran dia yang memg superb tu..n masalah yg kedua en kuyyie n slalu out station..so skang aku nak tgu dia balik dr kelantan nk tgk ad perubahan x after amek vco time g out station..urmmm masalah yg k3,muke dia berminyak,dia cakap da ok,xberminyak da la muke dia sejak amek vco n,tidak kalo pakai facial foam xjd mende pong..uhuk2..

selain tu juga,Catalsyt ada jugak product utk pompuan2 cantek supaya jd lebih cantek dan yakin..produk itu ialah..teng te teng..

CATALYST COLLAGEN - 15 sachets/per box
RM 59.90 - Semenanjung Malaysia
RM 64.90 - Sabah & Sarawak
not included postage

Kenapa anda perlukan collagen?
Apakah kebaikan collagen?

GOLONGAN yang sesuai menggunakan COLLAGEN CATALYST ini ialah
- wanita yang ingin berkahwin (mesti berseri-seri muka atas pelamin)
-anak-anak dara yang nak masuk umur 20 -an (boleh mengekalkan keanjalan kulit)
-ibu mengandung (untuk sentiasa kekal berseri-seri)


KHASIAT MENGGUNAKAN CATALSYT COLLAGEN

- membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis
- mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit
- mengatasi masalah kulit kusam,kering & berkedut
- membantu melicinkan kulit merekah dan kuku malap
- menyuburkan rambut agar kelihatan lebat & berkilau
- membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima


KESAN MENGAMALKAN CATALYST COLLAGEN

- kulit tidak akan berminyak tetapi tidak terlalu kering
- dapat mengurangkan masalah JERAWAT (akan hilang)
- dapat mengurangkan PARUT-PARUT yang ada di kulit
- minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lancar

- kuku tidak patah, rambut akan jadi lebih cantik

APA ITU COLLAGEN?

Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :
  • Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,
  • Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
  • Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
  • Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(catalyst collagen)
KESAN-KESAN PENYUSUTAN KADAR COLLAGEN:
  • kulit mula hilang keanjalan semulajadi&tanda2 awal kedutan mula jelas kelihatan
  • menganggu bahagian badan lain terutamanya dalam penjanaan semula tisu2 lembut
  • kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa
  • menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi

KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Catalyst Collagen?
  • Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
  • Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
  • Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
  • Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
  • Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
  • Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
  • Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
  • Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
  • Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga





hokey sape berminat leh la tgalkan komen kat sini or emel kan kat akidalong84@gmail.com

Monday, March 7, 2011

contest cover mlut erkkk mulut???


contest mcm n pon ad gak k?hahaha..tapi aku pon join gak..gambo kat atas tu bukannyer pic yg aku pertaruhkan,kalo nak tau klik jer pic tu..


pic yang aku pertaruhkan seperti gambarajah dibawah itu..






layan sudee


daa...

mari beramal (by pengukir kata)

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) ya...ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.